♥ Follower ♥
Sia-sia
Assalammualaikum..genap satu hari aku tunggu panggilan or msej dia tapi tue semua sia-sia jea. Dia tak call aku langsung, adekah dia langsung tak nak ambil tahu tentang diri aku? Kenapa dia buat aku macam nie? Tapi kalau dia call aku pown, aku tak angkat coz hati aku dah terlalu luka dengan kelakuan dia pade aku. Cepatlah aku habis final then aku nak senyapkan diri & sibukkan diri. Semoga aku dapat lupakan dia sekejap. Aku tahu yang dia sibuk tapi takkan langsung tak ade masa untuk aku. Dia dah tak sayangkan hubungan nie kew? Banyak soalan yang bermain dalam kepala aku sekarang nie. Dia cakap yang dia takkan tinggalkan aku tapi sekarang?? Dia kerap abaikan aku, tue bukan tinggalkan kew? Kini aku tinggal sendirian, hati aku dah hancur & tak tahu nak menangis kat sape :'( :'( :'( terlalu perit dengan ape yang dia buat pade aku !! Semoga aku kuat melawan perasaan rindu pade dia. Aku nak tunjuk pade dia yang aku juga boleh hidup tanpa dia. Aku tak nak dia fikir yang aku nie terlalu obses dengan dia. Dia belum kenal diri aku yang sebenarnya. Aku diam pade dia bukan beerti aku curang, aku masih kenal erti 'setia' tapi jangan cabar tahap kebosanan aku. Aku dah biase mesej, call, whatsApp & wechat, bila jadi macam nie aku dah tak tahu nak uat ape. Hari nie aku asyik layan movie, on9 fb & twitter jea, terlalu bosan namenyer nie. Tak apelah, aku nak sibukkan diri aku supaya aku tak call & mesej dia. Selalu aku buat internet tapi aku rasa malas nak buat lagi, bukan ade function pun. So better tak payah buat internet, jimat sikit topup aku..dah malas nak bertolak ansur dengan orang yang tak pernah nak hargai aku bila ade. Sekarang aku nak dia rasa bila aku tak ade disisi dia. Macam tuelah perasaan aku bila dia tak ade disisi aku. Air mata nie kerap menitis bila ingat2kan balik. Bohonglah kalau aku tak rindukan dia, tapi aku nak dia rase bila orang yang dia sayang tak ade disisi dia. Aku dah penat nak sendirian lagi, selalu aku mengalah dengan dia. Dulu aku mesti call or mesej dia tapi aku tak tahu kenapa dengan hati aku nie, dah tak kisah kalau tak ambil tahu hal dia. Adekah lagi cinta & sayang dalam hati aku nie? Kenapa keras sangat hati nie? Bila aku tengok balik album kami, aku rindu sangat2 bila dengan dia. Rindu pade dia yang dulu, bukan yang sekarang. Dia dah jauh berubah. Biarlah masa yang menentukan hubungan kami. Aku tabah & pasrah. Ya Allah jangan lah Kau menitiskan air mata aku lagi untuk lelaki yang tak menghargai aku. Aku lepaskan dia jika dia bukan jodoh aku & aku doakan dia agar dia dipertemukan dengan gadis yang lebih baik dari ku.
Cc: Abg, syg sayang kat abg. Jika macam nie hubungan kita, baik kita tamatkan saje hubungan kita setakat ini sahaja. Syg terkilan dengan sikap abg, abg dah tak mcam dulu. Syg rindukan abg yang dulu, bukan yang sekarang. Abg yang sekarang langsung tiada masa untuk syg, so better syg bawa diri. Syg dah tak sanggup disakiti lagi, cukuplah dengan ape yang abg buat pade syg. Syg harap abg bahagia dengan gadis yang lebih baik dari syg. Syg tak layak untuk abg, maafkan syg? Selamat tinggal Muhammad Shaffar bin Omar.